Saturday, October 15, 2011

Maafkan Diriku..

Assalamualaikum....:)
Lame betul x 'melawat' blog kesayangan aien ni..huhu
Bukan lupe tp kekangan mase yang xmengizinkan...
So pada malam ni sambil ciapkan assigment tibe-tibe je angin rajin datang.hehe
Susah tau angin cam ni nak datang...:P
So,malam ni rase cam nak berkongsi cerita tentang persahabatan..
Selama hidup 21 tahun ni mcm2 kawan dah aien jumpa..
Memang betul la org2 kata 1000 org, maka 1000 perangai la yang ada..
Mugkin jugak aien pon ada perangai yang xelok yang aien xtahu kan...
Semua orang xsempurna...
Dikesempatan ni aien nk mohon maaf pada sahabat-sahabat aien yang telah byk terluka kerana aien...
Harap tiada lagi sengketa antara kita...:(



p/s: Hargai lah kawan-kawan anda sebelum mereka pergi meninggalkan kita..

Wednesday, July 27, 2011

Aduhai Hati...

Assalamualaikum....
Termenung di pagi hari ni teringat plak peristiwa yang berlaku kt Aien kira-kira setahun yang lalu....
Kejadian ni berlaku mase mula-mula Aien kt UiTM Shah Alam...Mase sem satu...
Mase tu Aien baru abis kelas kira-kira jam 12 tgh hari kot...
Lepas kelas saje la lepak-lepak sebab ptg tu dh xde kelas kan...
Biasa nye kiteorg juz beli makanan then mkn kt bilik ramai-ramai..
Tp ari tu saje la kiteorg kt kedai mkn seksyen 2..Yg penuh dgn jejaka-jejaka UiTM..Ahaks...

Cerita nya bermula bila kiteorg baru nk start mkn bersebelahan dgn 2 org mak cik..
Yang lagaknya seperti org-org kaya gitu..
Biasa la ni Shah Alam beb..huhu
Tgh syok makan TIBA-TIBA.....
Suspen cikit...Huhu

Datang la seorg pak cik sebaya datuk Aien betul-betul kt tepi aien...
Terkejut jgk la tgh syok-syok mkn ni...hoho
Oh! Mitak sedekah rupenye...
Aien tgk kwn-kwn lain semua tunduk je malas nk layan kot...
Xsampai hati plak Aien tgk pak cik ni...
Bg je lah singgit..Bisik dlm hati...

Lepas 2 pak cik tu pon blah ah bila dh dpt singgit...
Terus dia pegi kt meja sebelah Aien, yg Aien ckp ad mak cik 2 org tuh...
Pastu Aien terkejut tau sebab mak cik 2 org tu marah-marah smbil bg sisa-sisa mknan y diorg mkn...
Lagi terkejut bila pak cik tu dgn rakus mkn sisa-sisa mknan yg makcik 2 bagi...

Tersentuh hati aien tgk....
Tibe-tibe je air mata mengalir...
Kwn-kwn lain semua terkejut...
Inilah NUR AIN MOHD ZIN yang terlalu sensitif hati nya...Huhu
Dlm hati aien terbayang klu lh pak cik itu adalah datuk atau saudara mara Aien......
Kesian nye....Xsnggup tgk...
Aduhai hati...Mengapa terlalu sensitif...



~JuSt A faCt Of LiFe..~

Friday, July 22, 2011

Menjadi Isteri Solehah....

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.

8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.

So, jadi lar isteri y baik suatu hari nanti~



Monday, July 18, 2011

Orang Kelantan Akan Menguasai Malaysia??

Org Kelantan dijangka menguasai ekonomi dan politik Malaysia pada 2020 mengikut seorang pakar sosiologi dan ekonomi sebuah universiti tempatan.. Apabila orang Kelantan menguasai ekonomi maka automatik akan menguasai politik.. Org cina pun akan habis main dengan org Kelantan.. Rakyat malaysia tak kira melayu, cina dan india akan jadi kuli org Kelantan nanti.. Adakah ia merbahaya kepada masa depan Melayu dan bukan Melayu di malaysia?

Lihatlah anak-anak Kelantan semakin hebat berniaga di seluruh malaysia dari perniagaan secara kecil-kecilan, pertengahan hinggalah kepada korporat2 besar..

Orang Kelantan bersatu sungguh dan depa ada di mana2.. Company-company lawyer 90% dikuasai oleh anak-anak kelantan.. Bersatu maknanya network bermakna org kelantan mempunyai network perniagaan di seluruh malaysia dan seluruh dunia..

Di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja ada lebih 70 persatuan anak-anak Kelantan.. Itu belum dikira di lain-lain negeri.. Di Langkawi pun ada persatuan anak-anak Kelantan..

Begitu jugak guru-guru yg dihantar ke sabah dan sarawak dipenuhi anak-anak Kelantan..

Kemasukan ke universiti-universiti dipenuhi anak-anak Kelantan..

Beribu-ribu anak2 Kelantan bekerja di luar negara..

Petronas, Proton, DRB Hicom dipenuhi oleh anak-anak Kelantan..

Pegawai-pegawai besar di jabatan-jabatan kerajaan di penuhi anak-anak Kelantan..

Pakar-Pakar Komputer, Engineeer, Arkitek dipenuhi anak-anak Kelantan..

Kota Bharu semakin membangun dah setaraf dgn Ipoh dan dijangka mengatasi kemajuan Pulau Pinang pada 2020..

Islam sangat kuat di Kelantan sehingga Ulamak dianggap golongan Elit tertinggi berbanding dengan golongan-golongan lain..

Pondok-pondok paling banyak di Kelantan..

Ada 68 buah sekolah agama rakyat di Kelantan berbanding hanya 26 sahaja di Kedah..

Ada bandar Kelantan di London dan Amerika Syarikat..

Org Kelantan rakyat malaysia paling byk migrate ke UK, US dan Australia..

Firma-Firma Construction banyak dikuasai oleh anak-anak Kelantan..

60% lecturer UKM adalah orang kelantan..

Ada 500,000 rakyat kelantan diluar kelantan.. Berbillion-bilion ringgit dikirim kelantan untuk membangunkan Kelantan.. BN selama-lamanya tak akan boleh "menang" lagi di Kelantan sebab orang Kelantan dah boleh berdikari dan tak perlu lagi bantuan...



Kisah Aku Seorang Bayi Yg Dibuang...

dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.
sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."
9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.
oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.
sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.
tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.
saya percaya itu.

hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.
saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.
semalam ibu sakit perot.
ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."
tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.
tapi kan saya sungguh pelik.
kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?
tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.
oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...

malam nih ibu tidor lewat.
ibu tunggu ayah barangkali.
mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?
sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.
ibu..... saya sejuklah.
tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.
takper, saya rela bersejuk.

sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.
dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.
tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.
bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.
romantiknya ibu ayah saya!!
mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.
bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah.
belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.
tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....
then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
ayah tolak.
aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?
ganasnya ibu ayah saya.
tiba-tiba ayah pijak perot ibu.
adoi sakitnya saya!
ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."
ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
yer la saya pening di sepak terajang.
tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
kenapa...................

lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.
ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.
ibu duduk dengan kawan dia.
aunty mira kot nama dia.
saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.
saya sakit tau bila ibu minum air nenas?
tapi... ibu sayang saya.
jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.
pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.
saya tak paham lah kenapa.
kenapa yer korang?

makin lama, saya makin besar.
ibu dah tak penah keluar rumah.
yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.
jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.
mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..

oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.
dia tengok ibu.
dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.
ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.
mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.
sukanya saya.
saya ingat ayah benci saya tadi.
ayah nih pandai bergurau lah.
tapi ayah tak duduk lama pun.
ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
ayah tak pegang pon saya.
mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.

dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.
saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
saya rasa saya nak keluar.
saya dah hint ibu banyak kali dah.
saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?
kenapa ibu tak pergi hospital pon?
IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....

ibu mengerang dan meneran kuat.
saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.
aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."
dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?
maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.
saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.
itu janji saya pada ibu.... dan ayah.

aunty mira letakkan saya dalam kain batik.
ape la aunty nih mandi kan la saya.
tak seronok lah ada darah-darah nih.
karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.
ibu dah la tengah terbaring sakit.
wah indah nya dunia.
ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.
akhirnya saya terkeluar juga.
nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.

tiba-tiba ayah datang.
ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."
ibu tersenyum dalam sakit.
ayah angkat saya laju-laju.
rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.
ayah bawak saya keluar rumah.
ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.
AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.
dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.
tapi ruang yang terbuka cuma kecil.
ayah tutup saya dengan beg kerjanya.
sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.
saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.
tak sabarnya di pelok, di cium....

dan ayah berenti di satu rumah flat.
mungkin nenek dan atok saya duduk sini.
ayah bawak saya naik atas, guna tangga.
kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.
nanti saya balas jasa ayah yer.
sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.
sunyi tempat tu.
mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.
ayah ni kan......

ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.
ayah ikat semua sekali.
sampai saya tak punya ruang bernafas.
AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

dan saya rasa saya tercampak jauh.
berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.
dan sampai ke tanah.............
mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.
tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.
kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......

TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...


18 Julai 2011...Ku Mahu Kau Tahu..

"Saat aku berbaring di bawah bintang-bintang..
Aku tertanya-tanya siapa diri aku sebenarnya..
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku..
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku..

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku..
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli..
Hari demi hari, dan selamanya..
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan..

Saat kau katakan kau mencintaiku..
Saat itulah aku memberikan kunci..
Untuk hati, jiwa dan fikiranku..
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku..

Aku mahu bertahan selamanya..
Untuk kita akan selalu bersama..
Merasa sakit atau kemanisan bersama..
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku..

Dalam setiap pelukan dan kucupan..
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita..
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi..
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas..

Aku milikmu untuk selama-lamanya..
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya..
Tanpamu disisi, hidupku sepi.."

*copy paste tuk y teristimewa..;)
Selamat Ulgthun percintaan kita y pertama..;)