Tuesday, July 12, 2011

Bersanding...blh ke x???

Assalamualaikum...
Pada kali ini sy nk berkongsi tentang hukum bersanding bagi umat islam..:) yelah sekarang ni bersanding menjadi satu adat pada masyarakat kita sekarang..bersanding juga ada batas dan jika keterlaluan akan menjadi haram..


Bersanding : adalah salah satu adat yang berlaku di dalam kenduri perkahwinan. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya merupakan adat yang diambil daripada India. Ini seperti yang diterangkan oleh De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) dan mereka berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.




Untuk mengetahui hukum upacara persandingan di dalam Islam, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa acara yang berkaitan dengan persandingan secara jelas bertentangan dengan agama Islam jika ia dilakukan.


  1. Penggunaan beras kunyit, jampi mentera semasa berandam, atau ketika mendirikan pelamin kononnya untuk menghalau hantu dan syaitan..
  2. Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam..
  3. Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah.

Kesimpulannya, bersanding harus dengan syarat tidak melibatkan perkara-perkara di atas. 
ni abg n kak ipar saya..:)


     

No comments:

Post a Comment