Thursday, July 14, 2011

Resepi Kejayaan~ Kenali Matlamat Anda..

Assalamualaikum....
Tips Kejayaan kali ini Aien akan bercerita tentang matlamat adik-adik semasa proses pembelajaran..Kejayaan bermula daripada diri kita sendiri..
Matlamat penting dalam proses mencapai sasaran atau target kita sendiri..
Apa itu matlamat??
Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan...

Apakah kepentingan MATLAMAT??
Katakan adik menaiki kereta bersama ibu dan ayah di Kota Bharu. Sebenarnya tidak ada satu destinasi yg khusus ptg itu.. Sekadar berpusing ke sana ke mari utk bersiar-siar dan menghabiskan masa lapang.. Jadi, tidak ada tempat khusus yg hendak dituju.. Dalam keadaan begitu adik boleh menuju ke arah mana sekalipun dan tidak menjadi kesalahan.. Knp?? Kerana adik tidak ada arah tujuan yg khusus utk ditujui..
Tetap, sekiranya perjalanan itu bertujuan utk menziarahi kenalan ayah yg tinggal di Pasir Mas, maka hanya arah dan jalan tertentu yg menuju ke sana sahaja yg boleh di ambil.. Sekiranya kereta adik menghala ke arah lain , maka ia sudah menyimpang dari sasaran lain.
Dari sini kita dapat simpulkan bahawa apabila kita ada matlamat, ia memberikan kita arah dan panduan ke mana yg harus kita tuju...
justeru itu setiap pelajar perlu ada matlamat yg khusus.. 

Antara manfaat matlamat terhadap para pelajar :
-Menunjuk arah dan tujuan..
-Memberi semangat dan dorongan..
-Membantu menguruskan masa dgn lebih baik..
-Boleh menyemak kemajuan diri..
-sentiasa memberi kesedaran apa tujuan sebenar melakukan sesuatu..


Kesimpulannya, setiap sesuatu yg kita lakukan mestilah mempunyai matlamat yg tersendiri.. Walaupun matlamat yg disasarkan bukan sesuatu yg 'gah' namun sekurang-kurangnye kita mempunnyai sasaran dan hala tuju tersendiri..Jadi diharapkan adik-adik faham akan makna sebenar matlamat dan masing-masing sudah mempunyai matlamat dlm hidup...


..::Just A Fact Of LiFe::..




No comments:

Post a Comment